Monday, April 23, 2012

Resipi Kek Chiffon Oren & Friday& Sat projects...

ehmmm....layan gambar je la yer... :-)













Resipi Kek Chiffon Oren (amik dr forminankitchen)

BAHAN A 
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya (x guna, xde stok)
3/4 cawan jus oren  (x guna, xde stok- tambah 1 sudu besar sunquick plus dgn air je)
1/4 cawan minyak jagung/sayur (guna minyak biasa jer)
1 sudu makan oren sunquick 
sedikit pewarna dan perisa oren 

BAHAN B
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
Untuk mudah ita asing2 bahan A seperti mana yg ita pernah terangkan cara ita buat chiffon cake boleh rujuk di SINI
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


- rupa kek chiffon ku x molek, atasnya merekah dan tepinya x disisip dgn kelembutan... ngeee...

No comments:

Post a Comment