Thursday, October 11, 2012

Roti Marble


sebelum bakar


selepas bakar

setelah dipotong

Resepi nie amik dr blog dapur digital, mmg sdap..., tqvm yg empunya resepi, mintak halal yer...

Bahan-bahan:

Bahan A:
410g tepung high protein
100g tepung superfine
80g susu pekat manis
dibancuh dgn air- rti nie xbrp manis, boleh tambahkan kuantiti...
3/4 sk garam
7g atau 2 1/2 sk yis segera
1 biji telur - pukul sekejap
130ml
air
60g butter - pd suhu bilik


Bahan B:
sedikit kismis dan coklat emulco - dimasukkan selepas perapan pertama

Water-Roux Paste :
25g tepung high protein
125ml air


Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes. Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.

Egg Wash
1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air paip


Cara membuat:

Masukkan ke dlm mixer kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.Uli sehingga membentuk doh.

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin. Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung. Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2.

Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi. Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

Cop kentang....

Esok last day peksa anak2...slalunya yg terakhir adalah paper art... Td search google, dapatla info cara mudah utk mgukir kentang utk main cop2....hehehe... tengok jela gamba yer, dr situ tau dah camner nak buat...


Order-order




 1.6kg cheese brownies with a little decorations yg mjadi favorite ramai

\
cheese brownies with extra cheese..nyum!nyum!
blueberry, strawberry and kiwi cheese tart

Xtvt makan2

kek gula hangus

fudge brownies dgn choc ganache dan white choc


kek butter dgn choc cips, cheese dan kismis on the top


puding roti dgn topping2nya...

Tuesday, October 2, 2012

Resepi Agar-agar Roti

Disebabkan roti hampir expired, maka trajinlah membuat puding ini...dimarblekan coklat dan strawberi...

4kpg roti
2bj telur
1/2cwn susu pekat
1 tin susu cair
8g serbuk agar2
1/2cwn gula
2sb butter
31/2 cwn air

- didihkan agar2, air dan gula
- blend roti, telur dan susu dan masukkan dlm agar2 setelah mdidih
- masukkan butter dan kacau sehingga pekat. tuang dlm acuan.