Thursday, July 28, 2011

Resipi Cheese Brownies




Disebabkan masih ada stok cream cheese dan resipi pun nampak sonang, maka tcubalah Cheese Brownies nie yg diceduk dr Myresipi... Sdap rasa dia, pelbagai topping diletak, choc cips, badam dan blueberry...yg plg sdap brownies yg letak blueberry filling... Buatnya pun senang, ada masa jom try resipi nie... :-)

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 180 gm butter-dicairkan
  • 275 gm. gula perang(boleh kurangkan kalau tak suka manis)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 120 gm. tepung naik sendiri
  • 70 gm. serbuk koko
  • Cheese filling:
  • 250 gm. cream cheese
  • 45 gm. butter
  • 80 gm. gula icing
  • 1 biji telur
  • Sedikit chocolate chips (ditabur di atas brownies)

Cara-cara

  1. Gaul butter yang telah dicairkan dengan gula perang hingga sebati
  2. Masukkan telur, sebiji setiap kali. Gaul hingga betul-betul sebati. Masukkan sedikit vanilla essence
  3. Masukkan tepung dan serbuk koko secara perlahan-lahan dan kacau hingga terasa lembut.
  4. Untuk cheese filling: pukul cream cheese, butter and gula icing hingga sebati. Tambahkan telur dan kemudian teruskan memukul
  5. Tuangkan setengah drpd adunan brownie ke dalam diikuti cheese filling.
  6. Tuangkan lebihan adunan brownie tadi di atas cheese filling. Taburkan chocolate chips di bahagian atas brownies.
  7. Bakar di dalam oven (170ºC selama 40 minit)

Lebih cheese purple, apalagi masuklah dlm shell tart....bakar tlebih masa jdlah dia merekah...

No comments:

Post a Comment