Sunday, May 22, 2011

Proton Exora - Body Control Module (BCM)


1. Sistem Immobilizer
*Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder

2. Isyarat Bateri Transmitter
*Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter.

3. Kunci Halaju (Speed Auto Lock)
*Kesemua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j.
*Bunyi beep akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.

4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU)

*Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain.
*Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter.
*Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah

5. Pembukaan Kunci Pintu Kemalangan (Crash Unlock)
*Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara dikeluarkan, semua kunci pusat (central lock) akan terbuka secara automatic (auto unlock) dan lampu kecemasan akan menyala.

6. Peringatan Pintu Kenderaan (Vehicle Door Ajar Reminder)
*Untuk pintu pemandu dan penumpang depan yang tidak tutup sempurna, “door actuator” akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci (Lock) tanpa bunyi amaran beep.
*Sekiranya pintu belakang kenderaan, ‘tail gate’ dan bonnet depan tidak ditutup dengan sempurna pada masa transmitter ditekan (Lock), akan kedengaran berbunyi beep sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci (armed) secara automatik selepas 10 saat.

7. Kemudahan Signal Memotong (Lane Changing Assist)
*Hanya dengan sekali sentuhan (menekan secara perlahan tanpa tersangkut) pada suis signal, lampu signal akan berkelip sebanyak 3 kali.

8. Lampu Bantuan Kabin (Courtesy Room Lamp)
*Lampu kabin akan menyala secara automatik selama 30 saat selepas enjin dimatikan.
*Ia membantu pemandu & penumpang keluar dari kenderaan dalam suasana yang gelap.

9. Lampu Kabin Malap Secara Beransur (Room Lamp Auto Diming)
*Keterangan lampu dalam kenderaan akan bertambah atau berkurang secara beransur-ansur.
*Ia memberi keselesaan untuk penglihatan.

10. Penjimat Bateri (Battery Saver)
*Kesemua lampu kabin yang dibiar menyala untuk tempoh yang lama akan tertutup secara automatic selepas terpasang lebih dari 20 minit.

11. Lampu Bantuan Luar Rumah (Follow Home Lamp)
*Fungsi ini membenarkan lampu hadapan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan.
*Operasi : Pemandu perlu membuka dan menutup ‘suis lampu hadapan’ (dlm tempoh 10 minti) setelah enjin kereta dimatikan dengan kadar segera.

12. Pengelap Cermin Kawalan hadlaju (Intermittent Wiper)
*Kelajuan selaan dapat diprogramkan dari 2-25 saat (default:4.5 saat)
*Operasi : Tutupkan suis pengelap cermin sebelum pengelap cermin tersebut kembali ke posisi asal dan kira masa berapa saat operasi diperlukan sebelum memasangkannya semula.
*Pengelap Cermin akan mengikut selaan masa terbaru seperti yang telah ditetapkan oleh pemandu.

13. Lampu Kecemasan Penurunan Halaju (Hazard Decelaration)
*Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek secara mengejut pada kelajuan lebih daripada 96km/j.

14. Pengelap Cermin Belakang Automatik (Auto Rear Wiper)
*Pengelap cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear mengundur diaktifkan.
*Operasi: Pengelap belakang akan mengikut kelajuan pengelap cermin hadapan pada kelajuan Selaan (Intermittent) dan Sederhana sahaja (Medium Speed)

15. Perubahan Halaju Pengelap Cermin (Speed Sensitive Wiper Operation)
*Pengelap cermin hadapan bertukar daripada kelajuan ‘Perlahan’ kepada ‘Selaan (Intermittent Wiping’) apabila kenderaan diberhentikan di lampu isyarat jalan atau bergerak perlahan.
*Memanjangkan jangka hayat pengelap cermin.

*** P/S- lg 1...bile kite unlock kete...tapi tak buka pintu selama berape saat tah..nt die lock sendiri...ye kan...

Untuk lebih kenali PROTON EXORA anda, sila ke:

www.protonexora.com.my/forum

No comments:

Post a Comment