Friday, August 12, 2011

Resepi Biskut Buah Kana



My 1st biskut raya...dah lama sangat x buat dan makan. Last buat dan makan dulu dlm 10thn lebih... Amik resepi dari SINI. Satu adunan leh dpt dlm 70biji... Jenuh gak memula buat, berketuk2 kat dapur sorang2... Last2 lumur tepung bebanyak kat acuan dia bru lah senang nak kuar kuihnya...


Monday, August 1, 2011

Order Close

Pengumuman, pengumuman...ee...mcm waliband lak nak cari jodoh... :-) .... Order raya tuk tahun 2011 ni ditutup disebabkan sudah mencapai hadnya... Tetapi order akan dibukak semula selepas raya walaupun raya sudah habis...all time season produk....Tq

Resepi Biskut Batik

Koleksi resepi dari majalah lama...dsbbkan tlebih rajin, atas tu letak coklat cair dan badam...


Bahan-bahan :

750ml santan dr 11/2 biji kelapa / 2 tin susu cair
500g gula pasir
200g marjerin
3 bj telur
200g koko
1kg biskut marrie, dipecah kasar

Cara Membuatnya :

1. Masak santan bersama gula pasir, marjerin dan telur di dalam kuali di atas api sederhana. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan pecahan biskut . KAcau sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas, tekan supaya padat dan bairkan sejuk.

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua...semoga Ramadhan ini memberi seribu keberkahan dalam hidup kita. Berusahalah mengejar segala nikmat yg ada di dalam bualan ini dan semoga Allah menerima amalan semua...Aminn...